Assalamualaikum, hai.
Jika anda sedang membaca ini, bermakna anda sudah selangkah ke depan untuk menambahbaik taraf ekonomi dan nilai kehidupan anda.
Saya sangat sarankan anda baca sehingga habis dan fahamkan, supaya anda sememangnya bersedia dengan langkah anda seterusnya.
Bunyi macam menakutkan ke? Saya tidak berniat begitu. Hidup kita memang berkisar tentang pilihan dan risiko. Orang berjaya ialah orang yang berani menghadapi risiko. Ouh ya, tidak berbuat apa-apa pun dalam hidup ini pun sebenarnya satu risiko, dan ramai tidak menyedarinya. Kita akan ketinggalan dan ditinggalkan.
Saya akan ceritakan perjalanan awal anda sekiranya anda memilih kerjaya Takaful sebagai sumber pendapatan utama anda sebagai full-timer, atau sumber pendapatan kedua sebagai part timer.
Dua-dua akan hadapi perkara sama, bezanya cuma masa yang anda peruntukkan sahaja.
Sebelum itu, saya senaraikan kelebihan menjadi ejen Takaful;
1) Modal permulaan yang rendah, RM110 sahaja seumur hidup.
2) Pasaran yang luas. 85% rakyat Malaysia masih belum mempunyai perlindungan Takaful.
3) Increment income setiap bulan! Snowball income.
4) Rebate dari komisyen untuk caruman diri dan keluarga.
5) Jadi bos sendiri. Masa kerja dan cara kerja ikut keselesaaan sendiri.
6) Boleh dibuat secara online sahaja.
7) Busines dan income anda boleh diwariskan kepada anak-anak. Mantap kan?
Baik, mari kita lihat perjalanan awal sebagai Ejen takaful;
1. Mendaftar sebagai Ejen Takaful
Untuk menjadi seorang ejen Takaful yang bertauliah dan berkelayakan untuk memberi nasihat kepada client, anda perlu mendaftar sebagai ejen Takaful. Caranya;
- Ambil ujian penilaian Takaful (Takaful Basic Examination/TBE) dengan yuran sebanyak RM80.00 sahaja.
- Selepas lulus, daftar sebagai ejen Zurich Takaful dengan fee sebanyak RM30.00 sahaja.
Jumlah modal permulaan sebanyak RM110.00 sahaja seumur hidup!
Bahan bacaan untuk exam TBE akan diberikan, jangan risau. Setakat pengalaman saya, jika anda baca bahan yang kami berikan, setakat ini 100% lulus. Yang tak lulus selalunya sebab tak baca langsung.
Untuk bahagian daftar exam TBE, hubungi saya untuk saya bantu anda. Klik sini >>> 0135341014
2. Hadiri sesi latihan secara online dan secara fizikal
TAHNIAH! Anda sekarang sudah mengorak langkah seterusnya sebagai Champion Ejen Takaful!
Sebagai ejen Takaful, menghadiri sesi latihan ialah rahsia kejayaan setiap senior ejen. Seperti kita masuk tempat kerja baru, syarikat akan sediakan sesi latihan atau kursus sebelum memulakan kerja, sama seperti kerjaya sebagai ejen Takaful.
Setiap sesi latihan ialah sesi penambahan ilmu baru, pengulangan ilmu yang ada, pengasahan minda, penghubung jaringan dengan ejen lain, penguat matlamat dan menambah motivasi dalam diri.
Mereka yang menghadiri sesi latihan akan balik dengan sesuatu yang baru!
Bagi ejen baru, anda akan diwajibkan menghadiri latihan untuk New Recruit, iaitu SPARK. Kursus ini ialah kursus dalam talian, mudah kan?
Buat masa sekarang, yuran kursus ini hanyalah RM30, dan semua cost lain ditanggung oleh Zurich Takaful. Best?
*SPARK ini wajib dihadiri bagi mengelakkan komisyen anda sebagai New Recruit disekat.
3. Mencukupkan KPI Tahunan dan setiap Quarter
Seperti kita bekerja di syarikat-syarikat lain, KPI akan diterapkan untuk memastikan produktiviti syarikat bertambah dan tidak berkurang.
Oleh itu, bagi memastikan kita serius di dalam industri Takaful sebagai ejen Takaful, KPI akan diterapkan pada tahun ke-2 anda sebagai ejen Takaful. Tahun pertama dikecualikan.
Apakah KPI sebagai ejen Zurich Takaful?
- Submission 15,000 ACE @ 7,500 ACE sepenggal , DAN
- Mendapatkan 30 CPD hour setahun @ 15 CPD hour sepenggal dalam sesi latihan, online atau fizikal.
Apabila anda cukup sahaja KPI ini, maka anda ialah ejen Takaful yang aktif dan serius dalam menambahbaik taraf ekonomi dan nilai hidup anda.
KPI ini diwujudkan supaya anda meneruskan kontrak sebagai ejen Takaful (Maintenance of Contract/MOC), dan memastikan anda boleh sentiasa berkhidmat untuk client sedia ada anda.
Jangan risau! Itulah fungsi agensi Takaful kami yang akan sentiasa bantu dan guide anda untuk capai KPI. berdasarkan KPI tersebut, anda hanya perlu submit minimum 1 case sahaja sebulan, dan attend online training untuk cukupkan 30 CPD hours.
Dan nasihat saya, jangan setakat cukupkan KPI, tapi fokus untuk bantu lebih ramai orang, dan naikkan income anda sebagai Ejen Takaful.
Mindset kita haruslah business mindset.
* 1 quarter bersamaan 3 bulan. 4 quarter setahun.
* 1 penggal bersamaan 6 bulan.
* ACE = Annual Contribution Equivalent. Kiraan ACE = Caruman bulanan x 12 bulan. Contoh, caruman RM100/bulan x 12 bulan = 1,200 ACE.
4. Menggunakan bahan Agensi sudah sediakan dengan optimum
Bagi membantu ejen-ejen dalam agensi, terutama New Recruit, agensi sudah menyediakan pelbagai bahan sokongan dan bantuan dalam pelbagai medium. Agensi mempunyai sokongan dari segi;
- Support Group di Whatsapp dan FB Group.
- Bahan-bahan di Telegram Channel.
- Video-video sokongan di Youtube.
- Coaching bila-bila masa di private acc Tiktok.
- Dan Leaders Agensi yang sentiasa AVAILABLE UNTUK COACHING ANDA. Whatsapp sahaja kami, kami sangat gembira nak bantu. Okay tak macam tu? 😄
Jadi jangan risau, di mana sahaja anda berada, sesibuk mana pun anda dengan pekerjaan sekarang jika anda part timer, agensi akan bantu. Anda cuma perlu luangkan masa untuk gerak kerja Takaful, dan BERTINDAK.
FAST ACTION, FAST RESULTS.
Ini 4 perkara yang anda perlu maklum untuk anda jadi Ejen Takaful.
Sejujurnya dari pengalaman saya, kerjaya ini tidak mudah, namun tidak mustahil.
Sebab sudah ramai ejen Takaful yang berjaya membuktikan mereka mampu membantu masyarakat, dan dalam masa yang sama, mengubah hidup diri dan keluarga.
Saya sendiri pun tidak percaya satu masa dahulu, tapi selepas bermula pada 2018, sekarang saya percaya kerana sudah mengalaminya sendiri.
Saya sendiri dibantu oleh leaders saya, dan sudah sampai masanya saya bantu anda pula. Membuat keputusan untuk jadi ejen Takaful ialah salah satu keputusan yang saya amat bersyukur pada Allah, dan berterima kasih pada diri saya 5 tahun lepas.
Beri peluang kepada diri anda untuk menambahbaik taraf ekonomi dan nilai hidup anda kepada orang lain. Percaya pada diri anda, kerana jika anda tidak percaya pada diri anda, siapa lagi?
Siapa anda 5 tahun akan datang, ialah apa yang anda putuskan pada hari ini.
Akhir sekali, setiap pengorbanan, insyaAllah ada rewards menanti: Komisyen dan penambahan income.
Bagaimana increment income Ejen Takaful setiap bulan, boleh baca sini >>> Income Ejen Takaful.
Sebarang persoalan, hubungi saya di sini 0135341014
Atau isi form di sini >>> Kerjaya

Pingback: BERAPA BANYAK INCOME SEBAGAI EJEN TAKAFUL? – Luqman Suharni