Pernah terfikir tak, bagaimana konsep Takaful?
Bagaimana pampasan yang dapat, jauh lebih banyak daripada yang kita carum?
Carum RM150 sebulan, baru carum 10 tahun, bersamaan RM18,000, tiba-tiba meninggal sakit jantung, waris dapat pampasan kematian (hibah) sebanyak RM200,000. Caruman baru 9% daripada pampasan, tapi pampasan dapat sebanyak 1,111% daripada caruman.
Itu kalau meninggal selepas 10 tahun. Andai meninggal kemalangan sebulan selepas mencarum, masih dapat RM200,000 kepada waris, walaupun baru carum sebulan sahaja, RM150. Hanya 0.075% daripada pampasan.
Jadi, bagaimana konsep Takaful yang membolehkan pencarum menerima wang pampasan sehingga 1,000% daripada caruman?
Takaful bukan pelaburan
Adakah Takaful ni skim pelaburan? Sudah tentu TIDAK. Sebabnya duit pampasan tersebut bukanlah datang daripada hasil keuntungan melabur, tetapi datang daripada sumbangan pencarum-pencarum lain dari Tabung Tabarru’ peserta Takaful (atau dikenali sebagai pencarum Takaful).
Tiada skim pelaburan yang KONFEM dapat beri keuntungan TETAP sehingga 1,000%, walaupun skim cepat kaya.
Sebab itu kena fahamkan, pampasan Takaful bukan dari hasil keuntungan pelaburan, tapi datangnya daripada sumbangan para peserta Takaful. Lihat gambarajah di bawah.

Daripada gambarajah di atas, kita dapat fahami, pampasan itu datangnya daripada wang caruman peserta Takaful yang lain. Jadi tidak pelik kenapa pampasan jauh lebih banyak daripada caruman.
Kelebihan Takaful
Sebenarnya sama sahaja seperti kita buka tabung sumbangan jika kawan kita terkena musibah seperti kematian suami. Cumanya Takaful ini;
- Kita sudah tetapkan berapa pampasan yang kita mahukan untuk diri dan keluarga kita sebagai perlindungan kewangan.
- Caruman kita sebagai sumbangan tetap untuk saudara kita yang ditimpa musibah pada bulan tersebut, melalui pampasan Takaful.
- Lebih terjamin dan cepat berbanding tabung sumbangan yang dibuka selepas musibah, kerana jumlah kutipan tabung tersebut bergantung kepada sumbangan ihsan orang sekeliling.
Dengan berTakaful, kita tidak bergantung kepada belas ihsan orang sekeliling kerana kita sendiri telah mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan.
Untuk fahami 5 claim seperti dalam Figur 1, klik sini.
Jumlah Claim yang pernah dituntut
Kita buat kiraan cepat, andai kata ada 10,000 orang pencarum yang mencarum sebanyak rm150 sebulan, maka bulan itu jumlah tabung Tabarru’ ialah sebanyak RM1.5 juta. Jika 6 orang claim kematian sebanyak purata RM200,000 seorang, maka bulan tersebut jumlah claim ialah sebanyak RM1.2 juta. Berikut ialah contoh claim pada tahun 2019 dan 2020.

Untuk 2019 sahaja, claim pampasan kematian, manfaat hospital, kemalangan, penyakit kritikal melebihi RM26 juta, iaitu purata RM2 juta setiap bulan.
Untuk claim medical card sahaja, RM98 juta pada tahun 2019, purata RM8 juta sebulan. Semua ini diambil daripada Tabung Tabarru’ peserta Takaful.
Maka kena juga dengan makna Takaful itu sendiri, yang diambil daripada perkataan kafala, bermaksud saling membantu. Apabila kita diuji dengan musibah, caruman peserta Takaful lain membantu kita melalui pampasan dan claim. Dan bila salah seorang peserta Takaful ditimpa musibah, caruman kita pula membantu beliau dan keluarga beliau.
Mindset Apabila BerTakaful
Apabila kita mencarum Takaful, harus ada 2 mindset setiap kali bayar caruman;
- Sebagai perlindungan kewangan, andai diri ditimpa musibah.
- Sebagai sumbangan kepada peserta Takaful lain yang ditimpa musibah.
Usah berasa satu kerugian dalam mencarum Takaful, kerana caruman kita sebenarnya sebagai “trade off” untuk Peace of Mind kita dalam menjalani kehidupan harian, tanpa kerisauan andai berlaku sesuatu tak dijangka.
Jika saya boleh beri perumpamaan;
- Takaful umpama CCTV yang kita pasang. Walaupun tiada pecah masuk berlaku, kita tetap pasang CCTV supaya hati kita tenang, kita dapat Peace of Mind.
- Takaful umpama PakGad. Walaupun tiada kes kecurian, kita tetap gajikan PakGad setiap bulan untuk jagakan rumah kita, bangunan pejabat kita, sekolah, kilang dan bangunan perniagaan kita, supaya hati kita tidak risau dengan kehilangan barang. Kita dapat Peace of Mind.
- Takaful umpama Payung. Ini perumpamaan selalu digunakan, dan sangat betul. Walaupun hari cerah, kita tetap bawa payung dalam kenderaan kita, sebab langit tidak selalu cerah. Jika mendung awam datang dan hujan menerpa, kita sudah bersedia dengan payung.
Bahkan, lebih tenang hati kita bila kita faham konsep Takaful, dan tahu caruman kita sebenarnya sudah membantu seorang balu yang kehilangan suami, anak-anak kecil yang kematian ayah, pesakit-pesakit kanser, jantung, buah pinggang, saudara-saudara kita yang kemalangan tidak dapat bekerja dan mereka yang perlukan bantuan untuk bayar kos rawatan hospital.
Kita sendiri pun tidak tahu bila kita perlukan manfaat Takaful.
Antara 5 musibah tu, hanya kematian sahaja sesuatu yang pasti. Lumpuh, sakit, eksiden belum tentu berlaku.
Lebih baik kita ada perlindungan Takaful, dan tak pernah claim (sihat alhamdulillah), daripada masa kita nak claim, tapi kita tiada Takaful.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh whatsapp saya. Klik sahaja 0135341014
Untuk consultation dan quotation, boleh isi Form di bawah. Saya akan hubungi anda.
Pingback: Apa itu Takaful? – Luqman Suharni