Takaful sebenarnya bukan lagi perkara yang asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Umumnya bila sebut Takaful, maka orang akan tahu itu ialah “insurans islamik”, cuma kebiasaan orang sebut insurans sahaja.
Agak sukar nak ubah norma penggunaan perkataan itu, tapi kita cuba ubah walaupun perlahan. InsyaAllah sampai masa orang akan biasa sebut Takaful, bukan lagi insurans. Normal keadaan ini sebab insurans sudah bertapak di Malaysia melebihi 100 tahun, tetapi Takaful baru bertapak sejak 37 tahun lepas dan industri ini mula berkembang hanya 20 tahun lepas.
Tambahan lagi, Takaful ialah perlindungan kewangan untuk Muslim dan non-Muslim, manakala insurans hanya untuk non-Muslim sahaja. Perbezaannya saya akan tulis pada artikel lain.
Dan sepanjang hampir 5 tahun saya menjadi perunding Takaful, ramai yang kurang faham tentang fungsi keluruhan Takaful. Ramai yang menganggap Takaful itu hanya sekadar Medical Card atau Hibah sahaja.
Ya, Medical Card dan Hibah itu ialah Takaful, tetapi Takaful bukan sekadar dua ini sahaja.
Jadi apa itu Takaful? Dan apa fungsinya?
Takaful ialah perlindungan kewangan peribadi daripada 5 jenis musibah, yang mana Takaful bertindak sebagai “buffer”, agar 5 musibah kesihatan ini tidak membocorkan simpanan kewangan kita dalam bank, ASB atau Tabung Haji, dan tidak meleburkan semua aset pelaburan kita seperti hartanah, saham, unit amanah, emas dan terbaru, aset kripto.
Akibat kos rawatan dan sara hidup yang perlu ditampung, ramai rakyat Malaysia terpaksa cairkan simpanan dan pelaburan yang susah payah dibina kerana tiada perlindungan aset iaitu Takaful.
Kesedaran rakyat Malaysia terutama dalam kalangan Bumiputera masih rendah tentang kepentingan Takaful. Dalam 15% sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan Takaful. Masih ada jurang 85% yang masih tidak dilindungi seandainya berlaku sesuatu musibah yang memberi kesan kepada kewangan mereka.
Jadi, semoga artikel ini dapat memberi pencerahan awal tentang fungsi dan manfaat Takaful yang sebenarnya sangat banyak, terutama tentang perlindungan daripada 5 musibah kesihatan, yang setiap daripada kita berisiko untuk kena. InsyaAllah.
Apa dia 5 musibah kesihatan yang dilindungi tu?
5 musibah kesihatan yang dilindungi tersebut ialah;
1. Pampasan kematian (atau dikenali sebagai hibah Takaful)
- Pampasan diberikan kepada waris sebagai hadiah (hibah) daripada si mati.
- Pampasan bertindak sebagai bantuan kewangan kepada waris, anak isteri si mati untuk meneruskan kehidupan, sementara mereka dapat bangkit semula selepas kematian kita.
- Pampasan bertindak sebagai “fast & bulk cash”, untuk bantu bayar sewa rumah, kereta, yuran sekolah, yuran tuisyen anak-anak, keperluan dapur dan komitmen bulanan seperti biasa. Tiada yang akan tertunggak.
- Pampasan seeloknya bersamaan;
- i) 10 tahun gaji atau komitmen bulanan, ATAU
- ii) 5 tahun gaji atau komitmen bulanan, ATAU
- iii) Caruman antara 3-5% gaji, ATAU
- iv) Apa yang dikehendaki oleh pencarum, yang difikirkan baik untuk ditinggalkan kepada warisnya.
- SANGAT PENTING dicarum oleh para suami yang mempunyai;
- a) isteri suri rumah dan tiada pendapatan tetap.
- b) isteri bergaji kecil daripada komitmen bulanan.
- c) anak-anak yang masih kecil dan bergantung kepada kita (ayah).
- JUGA SANGAT PENTING dicarum oleh;
- a) mereka yang mempunyai tanggungan hutang peribadi. Pampasan boleh diletakkan sebagai wasi untuk bantu langsaikan hutang.
- b) mereka yang ingin memberi hadiah kepada mak ayah yang membesarkan mereka.
- c) mereka yang ingin berwaqaf sebagai bekalan selepas kematian.
- d) mereka yang belum menunaikan haji. Boleh amanahkan upah haji kepada operator Takaful untuk uruskan.
- e) mereka yang ingin menyediakan wang cepat untuk kos pengurusan harta pusaka mereka, supaya tidak membebankan waris.
Untuk Hibah Couple atau Takaful Hibah, sila klik sini.
2. Pampasan TPD (Total Permanent Disability)/Lumpuh/Cacat Kekal
- Pampasan ini diberikan kepada pencarum (person covered) jika berlaku musibah TPD akibat sakit atau kemalangan.
- Pampasan bertindak sebagai bantuan kewangan kepada diri kita dan keluarga untuk meneruskan kehidupan, sementara kita dapat bangkit semula selepas apa yang menimpa diri kita.
- Pampasan bertindak sebagai “fast & bulk cash”, untuk bantu bayar sewa rumah, kereta, yuran sekolah, yuran tuisyen anak-anak, keperluan dapur dan komitmen bulanan seperti biasa. Tiada yang akan tertunggak.
- Juga akan bantu belikan katil khas, susu khas, lampin, wheelchair dan kos-kos lain untuk orang lumpuh.
- Pampasan seeloknya bersamaan;
- i) 10 tahun gaji atau komitmen bulanan, ATAU
- ii) 5 tahun gaji atau komitmen bulanan, ATAU
- iii) Caruman antara 3-5% gaji, ATAU
- iv) Apa yang dikehendaki oleh pencarum, yang difikirkan baik dapat bantu dirinya yang lumpuh untuk tampung keluarga.
- SANGAT PENTING dicarum oleh para suami yang mempunyai;
- a) isteri suri rumah dan tiada pendapatan tetap.
- b) isteri bergaji kecil daripada komitmen bulanan.
- c) anak-anak yang masih kecil dan bergantung kepada kita (ayah).
- JUGA SANGAT PENTING dicarum oleh;
- a) mereka yang mempunyai tanggungan hutang peribadi. Pampasan boleh diletakkan membantu untuk membayar hutang dan komitmen bulanan.
- b) para isteri supaya dapat meringankan beban suami jika isteri lumpuh. Pampasan boleh digunakan untuk bayar upah jururawat profesional (home care nurse) untuk jaga kita semasa suami keluar bekerja.
- c) para penuntut di universiti (takaful kemalangan sangat affordable), supaya dapat meringankan beban mak ayah menjaga kita jika kita ditimpa musibah TPD.
- d) mereka yang belum menunaikan haji. Boleh bayar untuk upah haji.
Untuk perlindungan TPD anda, sila klik sini.
3. Pampasan Penyakit-Penyakit Kritikal
- Pampasan ini diberikan kepada pencarum (person covered) jika berlaku musibah penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, strok, pembedahan kepala, buta kedua belah mata, kegagalan buah pinggan dan kerosakan paru-paru.
- Terdapat 36 jenis minimum penyakit kritikal yang dilindungi, bergantung kepada produk Takaful. Ada produk yang melindungi sehingga 51 jenis penyakit kritikal.
- Penyakit kritikal secara mudahnya difahami, ialah penyakit-penyakit yang menyebabkan produktiviti kerja kita jatuh, dan kita terpaksa berhenti kerja atau diberhentikan kerja, untuk fokus pada rawatan seperti rawatan kimoterapi untuk kanser, dan dialisis untuk buah pinggang rosak.
- Pampasan bertindak sebagai bantuan kewangan kepada diri kita dan keluarga untuk bayar kos rawatan + ubatan, dan kos meneruskan kehidupan, sementara kita dapat bangkit semula selepas apa yang menimpa diri kita.
- Pampasan bertindak sebagai “fast & bulk cash”, untuk bantu bayar sewa rumah, kereta, yuran sekolah, yuran tuisyen anak-anak, keperluan dapur dan komitmen bulanan seperti biasa. Tiada yang akan tertunggak.
- Pampasan seeloknya bersamaan;
- i) 5 tahun gaji atau komitmen bulanan, ATAU
- ii) 3 tahun gaji atau komitmen bulanan, ATAU
- iii) Caruman antara 3-5% gaji, ATAU
- iv) Apa yang dikehendaki oleh pencarum, yang difikirkan baik dapat bantu dirinya yang sakit untuk tampung keluarga.
- SANGAT PENTING dicarum oleh;
- a) mereka yang mempunyai tanggungan hutang peribadi. Pampasan boleh diletakkan membantu untuk membayar hutang dan komitmen bulanan.
- b) para isteri supaya dapat meringankan beban suami jika isteri kena sakit kritikal, terutama kanser payudara (pembunuh utama wanita Malaysia). Pampasan boleh digunakan untuk bayar tampung kos rawatan pembedahan buang tumor, kimoterapi dan keperluan orang sakit.
- c) para suami yang keluarga bergantung sumber kewangan dan keperluan daripadanya.
- d) mereka yang tiada simpanan ratus ribu untuk tampung kos rawatan dan kos sara hidup selepasnya.
- e) mereka yang mempunyai sejarah penyakit keluarga seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Untuk maklumat lanjut tentang Critical Illness Fund, sila klik sini.
Artikel berkenaan: List 36 Penyakit Kritikal
4) Pampasan Kemalangan (Patah/Lecur/MC/Warded/Medical Reimbursement)
- Pampasan kemalangan yang utama ialah pampasan kematian akibat kemalangan dan pampasan lumpuh akibat kemalangan.
- Ada banyak manfaat tambahan selain mati & lumpuh iaitu;
- a) Pampasan patah atau kelecuran.
- b) Bayaran balik kos rawatan kemalangan.
- c) Bayaran balik kos ambulans.
- d) Elaun warded harian RM100/hari.
- e) Elaun MC 7 hari berturut-turut.
- d) Bayaran balik rawatan fisioterapi untuk setiap kemalangan.
- Fungsi Takaful Kemalangan ialah sebagai ganti gaji yang hilang dalam tempoh sembuh selepas kemalangan. Contoh flow claim saya ada tulis di sini.
- SANGAT PENTING dicarum oleh;
- 1) Pemandu e-hailing (risiko atas jalanraya)
- 2) Delivery rider/runner (risiko atas jalanraya)
- 3) Orang aktif bersukan (risiko patah/ACL)
- 4) Anak-anak aktif (risiko bermain)
- 5) Pelajar sekolah dan universiti (risiko bergerak ke sana sini)
- 6) Para suami (risiko pergi balik kerja)
- 7) Pekerjaan berisiko
5) Bayaran Bil Rawatan Hospital (Medical Card)
- Medical card bukan pampasan yang bermaksud, tiada duit cash yang dapat kepada pencarum.
- Fungsi Medical card ialah sebagai ‘Tukang Bayar” bil rawatan hospital yang dicaj kepada pencarum. Caj rawatan terus dibayar kepada pihak hospital (cashless)
- Medical card dalam kebanyakan situasi ialah cashless, tapi ada beberapa situasi yang Pay n Claim, bergantung kepada keadaan dan GL (Guarantee Letter). Ini saya akan tulis dalam artikel lain.
- Sesuai ditambah pelan Medical card selepas buat perlindungan pampasan cover kematian, TPD, penyakit kritikal dan kemalangan.
Untuk maklumat lanjut tentang Medical card, klik sini.
Artikel berkenaan : Medical Card Medipro
Perlindungan mana yang perlu dipilih dahulu?
Untuk menjawab persoalan ini, secara umumnya, pilih perlindungan antara no 1 – no 4 dahulu. Bila ada kemampuan yang lebih, baru tambah Medical Card.
Cadangan caruman Takaful ini, jangan melebihi daripada 10% income/gaji, jadi untuk mudahkan, carum seperti berikut;
- 5% pertama carum Takaful Hibah + TPD + Critical illness Fund
- 5% kedua carum Takaful Kemalangan dan Medical Card.
Namun, mendapatkan perlindungan yang optimum dan efektif tidaklah seperti membeli ikan di pasar, kerana keperluan, kemampuan dan tanggungan setiap individu sangat berbeza. PENTING untuk saya sebagai perunding Takaful bantu siapkan perlindungan Takaful untuk client, hanya selepas melakukan Fact Finding.
Untuk consultation mengikut individu dan keperluan, serta Personalized Quotations, isi detail di sini.
Baca sini pula untuk tahu Bagaimana Konsep Takaful berfungsi untuk memberi pampasan bagi 5 musibah kesihatan ini.
Pingback: Bagaimana konsep Takaful? – Luqman Suharni
Pingback: Elakkan bertangguh ambil Takaful! Ambil ikut kemampuan semasa dahulu – Luqman Suharni
Pingback: KENAPA MEDICAL CARD SELALU ADA REPRICING TAPI HIBAH TAK ADA REPRICING? – Luqman Suharni