ELAKKAN BERTANGGUH AMBIL TAKAFUL! AMBIL IKUT KEMAMPUAN SEMASA DAHULU

Bertahun jadi perunding Takaful, sudah banyak kali saya bertemu dengan prospek yang mengeluh menyesal bertangguh mencarum Takaful. Banyak alasan bertangguh dahulunya.

“Nak tanya bini dulu.” Walaupun tak pernah tanya pun bini.

“Nak survey dulu.” Walaupun dah bertahun survey. Semakin berumur semakin tinggi caruman bang.

“Nak fikir dulu.”

“Nak tunggu kerja dulu.”

“Nak kahwin dulu.”

Tahu-tahu, doktor kata ada kencing manis, tertutup terus peluang nak carum Takaful.

Berdasarkan pemerhatian saya, alasan-alasan di atas tu hanya alasan sahaja. Sebab sebenar kita bertangguh, ialah kita terlalu YAKIN yang kita TAK AKAN SAKIT LAGI, kita insyaAllah HIDUP LAMA LAGI, kita konfiden TAK AKAN KEMALANGAN LANGSUNG.

Ini sebenarnya sebab kenapa kita bertangguh. Adakah tak yakin dengan kepentingan Takaful? Semestinya yakin, cuma konfiden tidak akan ditimpa musibah dalam masa terdekat itu yang menjadi penghalang.

Melainkan kita tahu apa akan berlaku sesaat di hadapan, jangan bertangguh. Sudah kemalangan patah sana sini, kena sakit kanser atau serangan jantung, maka sudah terlambat. Tambah-tambah zaman ini yang muda pun ramai kena serangan jantung dan kanser, dan mati muda.

Ada juga yang bertangguh sebab memang dia nak survey dahulu. Ini bagus. Cuma cadangannya jangan survey terlalu lama, takut musibah datang dahulu dan semua yang kita survey sudah tidak berguna. Risau hanya tinggal belasan quotation sahaja.

Dan ada juga yang “tidak berminat” nak ambil Takaful. Ketahuilah tuan-tuan, berTakaful ini bukan hobi yang memerlukan minat. BerTakaful ialah persediaan kita dan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga kita.

Sakit dan mati tu tetap akan hadir walaupun kita tak berminat nak sakit.

Ketahuilah semua pesakit di hospital tidak menjangka diri mereka akan jatuh sakit.

Ketahuilah semua yang kemalangan tidak pernah menjangka diri mereka akan kemalangan beberapa minit sebelum.

Ketahuilah terlalu ramai yang bertangguh mencarum Takaful, dan menyesal tidak mencarum terlebih awal, sehingga terpaksa gadaikan emas dan simpanan.

Saya pernah berjumpa beberapa orang prospek bersungguh untuk carum Takaful sebab nak beli rumah, tapi sudah tak layak carum Takaful.

“Yang Sihat Bertangguh, Yang Sakit Bersungguh”

Sementara diri masih sihat, carumlah dahulu mengikut kemampuan semasa. Takaful Kemalangan boleh dicarum bermula Rm25-Rm30 sebulan. Takaful Hibah + TPD + Penyakit Kritikal boleh dicarum bermula RM85 sebulan. Bila ada kemampuan lebih, boleh tambah polisi dan manfaat lagi.

Contoh, Hazim seorang penuntut di universiti awam. Semasa belajar, dia carum Takaful Kemalangan dengan caruman sebanyak RM30 sebulan. Selepas graduate dan bekerja, Hazim tambah polisi Takaful Hayat RM150 sebulan. Selepas dinaikkan gaji, Hazim tambah pula Medical Card 1 juta dengan caruman RM200 sebulan.

Hazim mencarum ikut kemampuan semasa pada waktu itu, tidak bertangguh. Andai takdir Hazim kemalangan semasa belajar dan lumpuh, Hazim ada pampasan sebanyak RM100,000 daripada Takaful Kemalangan yang dicarum awal. Jika tunggu masa bekerja nanti, sudah terlambat.

Saya boleh bantu anda untuk sesuaikan keperluan Takaful anda dengan kemampuan semasa. Tidak perlu carum Takaful sehingga menjadi beban setiap bulan.

Isi Quotation Form di bawah dan saya akan hubungi anda.

Untuk faham lebih lanjut tentang Apa Itu Takaful, klik sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *