Berapa limit Medical card yang sepatutnya anda ada?
Rm50,000 setahun? atau Rm100,000 setahun?
Secara jujurnya, saya dahulu merasakan limit Medical Card RM100,000 setahun sudah mencukupi, tetapi selepas rakan saya diuji dengan kos pembedahan ibunya sebanyak RM150,000, saya tidak lagi merasakan limit RM100,000 itu cukup.
Kisahnya, mereka satu keluarga perlu menambah lagi RM50,000 baki kos pembedahan, kerana limit Medical Card hanyalah RM100,000.
Belum lagi termasuk caj rawatan kanser yang mencecah RM300,000 ke RM500,000 setahun.
Kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi itulah realiti kos rawatan penyakit kronik, sememangnya tinggi.
Inflasi kos perubatan sebenarnya meningkat 10-15% setahun, kerana kemajuan teknologi dan ubat-ubatan semakin berkembang, bagi mencari teknik rawatan yang paling efektif untuk merawat satu penyakit.
Oleh itu, MEDIPRO menawarkan pelan Medical Card yang mampu milik dan sustainable, berbaloi dengan manfaat limit RM1 juta setahun dan unlimited seumur hidup.
Berikut ialah manfaat MEDIPRO;
1. Manfaat INPATIENT (Warded)
Medipro ada 4 pilihan: plan Bronze, Silver, Gold dan Platinum.
Rujuk Table 1 pada plan Bronze;
- Limit tahunan ialah RM1 juta, dan unlimited seumur hidup.
- Harga bilik 1 malam ialah bilik RM200.
- Bergantung kepada hospital, jika ada bilik Single Bed dengan harga RM200, maka client boleh ambil. Selalunya hospital di luar Lembah Klang masih dapat Single Bed dengan harga RM200.
- Jika tiada, client boleh upgrade bilik untuk lebih privasi, dan hanya bayar perbezaan harga bilik (bukan co-payment). *Co-payment = client perlu bayar % daripada total bil hospital kerana upgrade bilik.
- Semua kos penghospitalan (warded) seperti kos ICU, warded biasa, kos pembedahan, pre-hospitalization (90 hari) dan post-hospitalization (180 hari), ditanggung seperti dicaj, tertakluk kepada deduktibel. (rujuk Table 1 untuk lebih terperinci)
- Deduktibel akan diterangkan di bawah.
2. Manfaat OUTPATIENT (Kanser, Dialisis, Accident)
Untuk semua pilihan, Bronze sehingga Platinum:
- Rawatan Dialisis, Kanser seperti kimoterapi, Fisioterapi (within 180 days from discharge), dan kes kemalangan, dilindungi oleh Medipro, walaupun tidak warded.
- Pembetulan Table 2: Notis terbaru, tiada lagi deductible untuk manfaat OUTPATIENT.
- Rawatan outpatient untuk demam Denggi, bagi plan Bronze dan Silver, tidak dilindungi. Namun, kes Denggi tetap dilindungi jika warded, termasuk dalam Manfaat INPATIENT.
3. Manfaat Istimewa & Lain-lain
Rujuk Table 3 pada plan Bronze;
- Andai warded akibat 5 penyakit mental, client boleh claim sehingga RM1,500 setahun.
- Penyakit mental yang dilindungi ialah;
- Severe Major Depressive Disorder (MDD)
- Bipolar Disorder I
- Severe Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
- Schizophrenia
- Schizoaffective Disorder
- Manfaat Penyakit Berjangkit dan Bebas Kanser tidak dilindungi dalam plan Bronze. Boleh rujuk saya jika anda berminat plan Gold dan Platinum yang melindungi manfaat ini.
- Manfaat lain ialah seperti dalam Table 3: Second Opinion untuk 51 Critical Illness, Elaun Tunai Harian warded Hospital Kerajaan, Manfaat Penjaga (untuk client berumur 15 tahun ke bawah), Home Nursing, & caj Medical Reports.
- Manfaat Program Rujukan Bantuan Kecemasan bermaksud, jika client berada di luar negara (tidak melebihi 90 hari), dan perlu mendapatkan rawatan di sana, client boleh membuat tuntutan bil perubatan hospital di sana (pay n claim) dengan Medipro selepas pulang ke Malaysia.
4. Manfaat Pampasan Kematian (hibah) & TPD
Medipro juga mempunyai pampasan kematian (dikenali juga sebagai hibah Takaful) dan pampasan TPD (Total Permanent Disability).
Jumlah yang dilindungi bergantung kepada umur dan jantina. Hubungi saya untuk quotation MEDIPRO anda di 0135341014 (KLIK SAHAJA).
Model MEDIPRO Sustainable dan melambatkan Repricing
Antara kegusaran pencarum Medical Card ialah kenaikan caruman akibat Repricing.
Repricing berlaku apabila claim Medical Card jauh melebihi caruman peserta Takaful Medical Card & dana tabung Tabarru’ yang ada.
Situasi ini menyebabkan defisit dalam tabung, dan Repricing terpaksa berlaku.
Untuk mengawal repricing terlalu cepat, MEDIPRO telah memperkenalkan Deductible & caruman mengikut Age Band 5 tahun, bagi memastikan Caruman sentiasa melebihi Claim.
1) Deductible RM500
Deductible dikenakan dalam Manfaat INPATIENT dan tidak dikenakan dalam Manfaat OUTPATIENT.
Deductible bermaksud, untuk bil hospital, client perlu bayar RM500, dan baki akan diselesaikan oleh Medipro, tertakluk pada tempoh bertenang 2 tahun.
Tempoh bertenang 2 tahun, dan deductible hanya dikenakan pada claim kali pertama pada tahun tersebut.
Claim kedua dan seterusnya pada tahun sama, tidak dikenakan deductible lagi.
Tempoh bertenang 2 tahun maksudnya, jika client tak claim selama 2 tahun sijil berturut-turut, tahun berikutnya tiada deductible untuk first claim tahun tersebut.
Saya beri contoh. Luqman merupakan pemegang Kad Medipro.
Pada tahun pertama, Luqman membuat claim rawatan RM20,000.
Beliau dikenakan Deductible RM500 dan baki Rm19,500 ditanggung Medipro.
Pada tahun yang sama, beliau membuat claim kali kedua sebanyak RM15,000, namun tiada Deductible dikenakan. Medipro tanggung kos keseluruhan RM15,000 tersebut kerana Deductible hanya dikenakan pada kali pertama tahun tersebut.
Pada tahun ke-2 dan ke-3, beliau tidak melakukan apa-apa claim.
Pada tahun ke-4, beliau melakukan claim lagi sekali sebanyak RM25,000, dan tidak dikenakan Deductible kerana tiada claim dilakukan selama 2 tahun berturut-turut (tahun ke-2 & 3).
Pada tahun ke-5, beliau melakukan claim lagi sebanyak RM10,000 tetapi kali ini dikenakan Deductible pada kali claim pertama tahun ke-5, kerana pernah claim pada tahun sebelumnya.
Tempoh bertenang 2 tahun dan hanya kena pada first claim tahun tersebut, menunjukkan Deductible diperkenalkan bukan untuk membebankan client secara sengaja, tetapi untuk mengelak claim yang tidak mendesak yang mempercepatkan Repricing berlaku.
2) Caruman ikut Age Band.
Deductible bertujuan mengurangkan claim yang tak mendesak, manakala caruman mengikut age band bertujuan, meningkatkan jumlah dana tabarru’ bagi menampung claim dengan lebih jitu.
Lebih adil kerana selalunya yang claim medical card ini, bermula dengan umur 35 tahun ke atas.
Risiko sakit meningkat mengikut umur.
Apabila lebih tinggi kebarangkalian claim & risiko, lebih tinggi caruman akan dikenakan.
Kenaikan caruman ikut Age Band ini tidak membebankan, kerana pendapatan & gaji client akan bertambah selari dengan umur dan pengalamannya.
Jadi, client yang lebih muda akan bayar kurang daripada client yang lebih berumur.
Yang lebih muda lebih rendah caruman kerana risiko mereka lebih kecil.
Tidaklah mereka terbeban untuk bayar lebih untuk peserta lain yang lebih berumur dan bergaji lebih tinggi secara puratanya.
Kenaikan caruman mengikut umur sudah ditetapkan dalam pengiraan Quotation.
Hubungi saya untuk quotation MEDIPRO anda di 0135341014 (KLIK SAHAJA).
Dengan 2 langkah ini, maka caruman akan meningkat dan claim akan berkurang, jadi kebarangkalian repricing berlaku dengan cepat ialah rendah sekali.
Namun, sebagai pemegang Medical Card, anda perlu sentiasa bersedia dengan repricing yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Apa yang tidak dilindungi oleh MediPro?
MediPro tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran yang disenaraikan di bawah.
Sila ambil perhatian bahawa senarai ini adalah tidak lengkap dan anda disarankan merujuk senarai lengkap dalam Sijil Takaful.
- Penyakit sedia ada.
- Penyakit Tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan berterusan.
- Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.
Manfaat Kematian
Manfaat Kematian tidak akan dibayar bagi sebarang kematian akibat bunuh diri dalam tempoh 1 tahun daripada Tarikh Permulaan Sijil Asas ini atau Tarikh Penguatkuasaan Semula, yang mana terkemudian, sama ada Orang Yang Dilindungi itu waras atau tidak waras.
Liabiliti kami adalah terhad kepada nilai APP pada tarikh kematian.
Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dan Manfaat Hilang Upaya Warga Emas
Sijil ini tidak melindungi sebarang hilang upaya yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sebahagian atau sepenuhnya, oleh mana-mana kejadian berikut:
- Mencederakan diri sendiri semasa waras atau tidak waras; atau
- Perjalanan atau penerbangan di dalam apa-apa jenis pesawat kecuali di dalam penerbangan penumpang komersial yang berjadual; atau
- Sebarang akitiviti ketenteraan semasa terlibat dalam perkhidmatan tentera pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak diisytiharkan semasa berada di bawah arahan untuk operasi berupa peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau
- Perang, perang saudara, pencerobohan, tindakan oleh musuh luar, tindakan berkaitan perang (sama ada diisytiharkan atau tidak diisytiharkan), termasuk letupan yang tidak sengaja dan/atau letupan yang sengaja dengan menggunakan alat senjata peperangan, ketika perang atau akibat langsung dari peperangan yang sebelumnya; atau
- Penyakit Sedia Ada; atau
- Terbabit dalam aktiviti yang melanggar undang-undang; atau
- Berada di bawah pengaruh alkohol, narkotik dan/atau dadah.
Anda disarankan berjumpa dengan saya dahulu (secara fizikal atau maya di Zoom), untuk kemaskan kefahaman anda mengenai Medipro, sebelum anda mencarum Medipro.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, appointment serta Quotation MEDIPRO anda, hubungi saya di 0135341014 (KLIK SAHAJA).
Atau, anda juga boleh isi Form di bawah.
Bacaan lain mengenai MEDIPRO:
8 PERKARA ANDA PERLU TAHU SEBELUM AMBIL MEDICAL CARD
BAGAIMANA CARA GUNA MEDICAL CARD
WAITING PERIOD DAN CONTESTABLE PERIOD
KENAPA MEDICAL CARD ADA REPRICING
KENAPA ORANG SAKIT TAK BOLEH MOHON MEDICAL CARD