KENAPA MEDICAL CARD SELALU ADA REPRICING TAPI HIBAH TAK ADA REPRICING?

E-Medical Card oleh Zurich Takaful di apps IHP Malaysia

Bila sebut Takaful, rakyat Malaysia lebih tahu pasal Medical Card, atau Hibah Takaful.

Sebenarnya banyak lagi manfaat perlindungan Takaful.

Tapi bukan itu yang kita nak kupas hari ni.

Jika anda nak tahu 5 manfaat utama perlindungan Takaful, klik SINI.

Pernah tak tuan-tuan dengar repricing (kenaikan caruman) Medical Card?

Pernah kan? Atau tuan-tuan alami sendiri repricing.

Tapi tak pernah lagi kita dengar repricing untuk pelan hibah Takaful, kenapa?

Asbabnya mudah sahaja, kita tengok pada perbezaan di bawah, antara claim Medical Card, dan claim pampasan Hibah Takaful.

Claim 2021 dan 2022 setakat Feb 2022.

Claim Medical Card pada 2021 ialah sebanyak RM63 juta, manakala hibah Takaful sebanyak RM25 juta. Perbezaan lebih kurang 3 kali ganda.

Dan, untuk claim pampasan Hibah Takaful, setiap seorang client hanya claim sekali sahaja.

Manakala untuk Medical Card, seorang client boleh claim berkali-kali selagi belum capai limit tahunan RM1 juta.

Ini antara faktor kenapa claim Medical Card selalunya lebih tinggi daripada hibah, dan akan membawa kepada repricing.

Repricing berlaku apabila jumlah claim, melebihi jumlah caruman atau contributions.

Claim > Caruman.

Sebab itulah, bagi mereka yang memiliki Medical Card, haruslah sentiasa bersedia dengan repricing.

Company selalunya akan hantar notis awal 3 bulan untuk repricing.

Ini juga menjawab kenapa pelan Hibah Takaful tak pernah lagi ada repricing.

Kerana setakat ini, caruman sentiasa dapat menampung claim yang dipohon.

Ada possibility Hibah Takaful akan ada repricing? Ada, tapi sangat kecil kerana dana Tabarru’ sentiasa cukup untuk membayar pampasan kematian client.

Setakat saya jadi perunding Takaful selama 5 tahun, dan pengalaman senior ejen, tiada lagi situasi repricing untuk Hibah Takaful.

 

JADI, APA SOLUSI UNTUK ELAKKAN REPRICING MEDICAL CARD BERLAKU TERLALU CEPAT?

Antara kesukaan saya pada produk Medical Card Zurich Takaful, Medipro, ialah pelan ini yang lebih mapan, sustainable dan berdaya saing untuk menahan repricing berlaku dengan cepat berbanding Medical Card sebelumnya, Medica2016.

2 langkah solusi diambil oleh Zurich Takaful untuk mengawal repricing terlalu cepat, adalah dengan memperkenalkan Deductible & caruman mengikut Age Band 5 tahun.

2 perkara ini berkait rapat dengan sebab berlakunya repricing, iaitu ratio caruman dan claim., bagi memastikan Caruman sentiasa melebihi Claim.

Caruman > Claim, dan bukan sebaliknya.

 

1) Deductible RM500

Deductible bermaksud, untuk bil hospital, client perlu bayar RM500, dan baki akan diselesaikan oleh Medipro, tertakluk pada tempoh bertenang 2 tahun.

Fungsinya untuk mengelakkan client claim warded di hospital tanpa keperluan mendesak.

Ada segelintir sikap client sebelum ini yang suka-suka ingin ‘vacation’ di hospital, dan claim dari Medical Card, tanpa keperluan kesihatan yang mendesak.

Sikap ini akan menaikkan jumlah claim, sekaligus menyebabkan repricing terpaksa dilakukan jika claim > contribution.

Ini akan memberi kesan kepada semua client lain yang berintegriti dalam memohon claim.

Deductibles diperkenalkan supaya client sebegini berfikir 2 kali untuk claim suka-suka, sebabnya, sudah tentu lebih baik pergi tidur hotel daripada tidur ward dan kena bayar rm500, kan?

Bagi yang betul-betul perlu claim, insyaAllah RM500 ini perlu seperti yang saya jelaskan di atas, dan insyaAllah tidak banyak berbanding bil hospital.

Contoh bil RM20k, client hanya perlu bayar RM500, selebihnya RM19,500 Medipro bayarkan.

Dan ini tertakluk pada tempoh bertenang 2 tahun, dan deductible hanya dikenakan pada claim kali pertama pada tahun tersebut.

Claim kedua dan seterusnya pada tahun sama, tidak dikenakan deductible lagi.

Tempoh bertenang 2 tahun maksudnya, jika client tidak claim selama 2 tahun sijil berturut-turut, tahun berikutnya tiada deductible untuk first claim tahun tersebut.

Tempoh bertenang 2 tahun dan hanya kena pada first claim tahun tersebut, menunjukkan Deductible bukan diperkenalkan untuk membebankan client secara sengaja, hanya untuk mengelak claim yang tidak mendesak.

 

2) Caruman ikut Age Band.

Deductible bertujuan mengurangkan claim yang tak mendesak, manakala caruman mengikut age band bertujuan, meningkatkan jumlah dana tabarru’ bagi menampung claim dengan lebih jitu.

Caruman ikut Age Band ini tidak membebankan, kerana pendapatan dan gaji kita selalunya meningkat selari dengan umur kita.

Dan lebih adil kerana selalunya, yang claim medical card ini, mereka yang berumur 35 tahun ke atas.

Maka, apabila lebih tinggi kebarangkalian claim/risiko, lebih tinggi caruman akan dikenakan.

Yang lebih muda lebih rendah caruman kerana risiko mereka lebih kecil.

Tidaklah mereka terbeban untuk bayar lebih untuk peserta lain yang lebih berumur dan bergaji lebih tinggi secara puratanya.

 

Dengan 2 langkah ini, caruman meningkat dan claim berkurang, maka kebarangkalian repricing berlaku dengan cepat ialah rendah sekali.

Kesimpulannya, Deductible RM500 mengurangkan claim, dan caruman ikut Age Band, menambah caruman dana tabarru’, maka insyaAllah Caruman akan melebihi Claim setiap masa, lalu mengurangkan probability berlakunya repricing.

Sebab itu saya sangat yakin dengan pelan Medipro ini, yang lebih sustainable dari segi sistemnya.

Namun, seperti saya sebutkan di atas, bagi pemilik Medical Card, perlu sentiasa bersedia dengan repricing.

Sebabnya sistem itu dalam kawalan kita, untuk mengawal repricing terlalu awal.

Tapi claim tetap di luar kawalan kita, sebab sakit kita dan client2 lain, di luar kawalan kita.

Kita tak boleh jangka jika claim akan jadi banyak pada satu masa, walaupun Zurich Takaful sudah cipta satu sistem Medical Card, Medipro, yang boleh menguruskan repricing dengan lebih baik.

Wallahua’lam.

Untuk pertanyaan lanjut,
http://wa.me/60135341014
http://wa.me/60135341014
http://wa.me/60135341014

1 thought on “KENAPA MEDICAL CARD SELALU ADA REPRICING TAPI HIBAH TAK ADA REPRICING?”

  1. Pingback: MEDIPRO : MEDICAL CARD MAMPU MILIK DAN SUSTAINABLE – Luqman Suharni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *