WAITING PERIOD dan CONTESTABLE PERIOD ialah 2 tempoh selepas sijil LULUS, yang harus difahami dengan jelas oleh semua PESERTA TAKAFUL.
Tujuan wujudnya 2 tempoh ini, bagi mengelakkan tindakan ambil kesempatan peserta Takaful yang sebenarnya mempunyai sejarah kesihatan lampau, untuk ambil manfaat daripada Takaful, walaupun sudah tidak layak kerana sudah ada sakit sedia ada seperti ketumbuhan disyaki kanser, atau kencing manis.
Tindakan seperti ini akan menjejaskan dana tabung Tabarru’, sekali gus tidak adil bagi peserta-peserta takaful lain yang mencarum semasa betul-betul sihat.
Kadang-kadang, client pun tak tahu dia ada sakit, jadi dia declare sihat. Rupa-rupanya dia ada ketumbuhan kanser malignan. Tetap tidak dilindungi walaupun dia tak tahu. Jangan bertangguh ambil Takaful, kita tak tahu bila akan sakit.
Jadi, bagi memastikan kestabilan Tabung Tabarru’ dan mengelakkan kebocoran, Waiting Period dan Contestable Period dilaksanakan.
Oh ya, semua operator Takaful tertakluk kepada Waiting Period dan Contestable Period yang sama, sebab ini guideline oleh Bank Negara Malaysia untuk semua operator Takaful.
KENAPA ANDA KENA FAHAM DAN AMBIL TAHU TENTANG 2 PERKARA INI?
Supaya anda faham kenapa syarikat mengambil masa agak lama untuk claim, dan mohon dokumen-dokumen berkaitan jika sijil anda baru aktif di bawah tempoh 2 tahun.
Hal ini kerana syarikat memegang amanah “stakeholders” terutama peserta Takaful, untuk menjaga Tabung Tabarru’, iaitu wang para peserta Takaful lain, dan tidak boleh sewenang-wenangnya meluluskan claim, melainkan bagi yang melepasi prosedur. Dan prosedur ini ialah S.O.P yang sama dilalui oleh semua peserta Takaful lain.
Sama seperti di pejabat zakat, kenapa perlu isi borang itu ini? Untuk memastikan pemohon zakat ialah benar-benar asnaf zakat, bukan suka hati mohon. Lembaga Zakat setiap negeri memegang amanah pembayar-pembayar zakat untuk menguruskan wang zakat, jadi lembaga zakat tidak boleh sewenang-wenangnya meluluskan permohonan zakat.
Percaya atau tidak, sebenarnya wujud dalam kalangan masyarakat kita, yang pentingkan diri dan hanya fikirkan diri sendiri. Sebab itu lembaga zakat juga operator takaful, perlu mengikut prosedur ditetapkan. Ini contoh untuk mudah fahami.
Okay, cukup analogi di situ, jom kita tengok, APA ITU SEBENARNYA WAITING PERIOD & CONTESTABLE PERIOD.
Waiting Period ada 4
Waiting Period = Tempoh yang perlu dicapai selepas sijil lulus untuk manfaat tersebut dilindungi.
1) Selepas 24 jam
– Life Takaful: Cover kemalangan.
– Medical Card: Cover kemalangan.
2) Selepas 30 hari
– Life Takaful: Cover Pampasan Penyakit Kritikal kecuali Kanser dan Jantung. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.
– Life Takaful: Cover manfaat Elaun Hospital (kalau ada)
– Medical Card: Cover kes sakit selain Penyakit Kritikal seperti demam panas atau denggi (warded)
3) Selepas 60 hari
– Life Takaful: Cover Pampasan Kanser dan Jantung. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.
4) Selepas 120 hari
– Medical Card: Cover Penyakit Kritikal. Kalau berlaku sakit kritikal sebelum 120 hari selepas polisi lulus, tak cover untuk Medical Card. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.
Contestable Period 2 tahun
Contestable Period = Tempoh boleh dipertikai oleh operator Takaful dalam masa 2 tahun selepas sijil lulus.
Jika claim dibuat sebelum tempoh 2 tahun, walaupun lepas WAITING PERIOD, syarikat berhak untuk jalankan siasatan terperinci, bagi memastikan client sihat semasa mencarum sijil Takaful.
Claim tidak akan diluluskan jika siasatan didapati client ada sejarah kesihatan sebelum mencarum, atau sakit itu wujud sebelum mencarum, walaupun tanpa pengetahuan client.
Bagi penggunaan Medical Card, jika belum tamat Contestable Period 2 tahun, kemungkinan besar GL (Guarantee Letter) tidak akan dikeluarkan, jika pihak underwriter claim (3rd party) perlu jalankan siasatan lebih lanjut. Ini terutama kes claim untuk sakit yang boleh berkait dengan penyakit-penyakit kritikal seperti kanser dan jantung.
Hal ini kerana sakit itu berpotensi wujud sebelum client signup Medical Card atau Life Takaful.
Jadi, client perlu dahulukan dulu duit sendiri, kemudian akan di ‘reimburse’ oleh Medical Card semula selepas siasatan selesai, dan sememangnya tiada bukti sakit itu wujud sebelum signup Takaful. Jika tidak, berkemungkinan claim tidak akan diluluskan.
Untuk claim Medical Card selain berkaitan penyakit kritikal seperti demam panas, denggi, muntah2 (warded) atau kes kemalangan, insyaAllah tiada masalah untuk mohon GL, walaupun masih dalam Contestable Period. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
SELEPAS 2 TAHUN
– Tamat Waiting Period dan Contestable Period.
– Company tidak akan investigate sebab sudah lepas 2 tahun. Cumanya jika ada bukti daripada medical records sakit sebelum mencarum seperti kencing manis, claim masih akan disiasat.
Oleh itu, sangat disarankan kepada client untuk mencarum Takaful awal dan semasa masih sihat, supaya client dapat tamatkan tempoh 2 tahun dengan lebih cepat.
Selagi bertangguh, selagi itu Contestable Period tidak akan bermula.
Sebarang pertanyaan atau persoalan, boleh komen di bawah, atau whatsapp saya di wa.me/60135341014/NakTanyaPasalTakaful
Pingback: MEDIPRO : MEDICAL CARD MAMPU MILIK DAN SUSTAINABLE – Luqman Suharni
Pingback: TAKAFUL TERM80 : PERLINDUNGAN PALING ASAS YANG WAJIB DIMILIKI – Luqman Suharni