KENAPA ORANG SAKIT TAK BOLEH MOHON MEDICAL CARD?

“Kenapa eh aku yang dah sakit tak boleh apply Medical Card?”

“Tipu la takaful ni, kata nak tolong orang, tapi tipu.”

“Kenapa ni Zul? Tiba-tiba marah takaful ni.”

“Tak, aku apply Medical Card haritu Man, tapi tak lulus sebab aku ada kencing manis. Kata nak tolong orang. Penipu.”

“Ouh, sebab tu ke. Kenapa tak apply masa sihat dulu?”

“Mana la aku tahu nak kena kencing manis muda-muda umur 30-an ni. Kalau aku tahu, aku dah apply lama dah. Bayar berapa pun aku okay.”

“Ye la Zul, risiko ko sekarang dah besar. Tak adil la kat peserta Takaful yang apply masa sihat, duit diorang habis bayar bil ko jer nanti. Kan penting diri tu. Takpe, ko masih layak buat hibah tu. Gi buat cepat2.”

“Ahhhh taknak la, takaful penipu!” Bentak Zul masih marah.

Sebenarnya Zul tak marah kat Takaful, tapi marah kat diri sendiri sebab bertangguh dan bertangguh dan bertangguh.

Sakit tidak menunggu kita. Bertindaklah segera.

 

Jadi kenapa orang sakit macam Zul tak boleh apply Medical Card?

Salah satu sebabnya Man dah sebut kat atas, tak adil kepada peserta Takaful yang ambil Takaful semasa masih sihat.

Kita yang sakit ni, akan serap duit tabungan Takaful mereka yang lain, untuk kepentingan diri kita. Lama-kelamaan duit itu tak cukup untuk yang carum masa sihat.

Orang dah sakit, lebih banyak claim yang dia akan buat.

Rentetan penyakit berpunca daripada kencing manis

Tak adil kan? Tak baik hidup ambil hak orang lain untuk kepentingan diri.

Sebab itu operator Takaful seperti Zurich Takaful tak luluskan orang sakit untuk ambil Med Card, sebab perlu jaga hak shareholder (client) sedia ada dahulu.

Tabungan Takaful Peserta yang sihat.

JADI, KENAPA TAK BUAT MEDICAL CARD SESAMA ORANG SAKIT SAHAJA?

Dah pernah satu company buat, tapi apakan daya, umurnya tak panjang.

Pelan med card tersebut tak dapat bertahan lebih 3 tahun pun, sebabnya CLAIM LEBIH BANYAK DARIPADA CARUMAN PESERTA.

Claim terlalu banyak, maka duit dalam tabungan jadi defisit.

Kita tak boleh keluarkan duit kalau tabung simpanan dan account bank kita kosong, kan?

Itu yang berlaku pada medical card ni. Tabung dah kosong, maka claim tak dapat diberi.

Kenapa tabung cepat kosong?

Sebabnya semua peserta ialah orang yang dah sakit, dan semua pakat claim bil hospital.

Carum rm2k setahun, claimnya rm10k sekali claim. Logiknya memang tak akan bertahan pelan ini. Seperti kita menabung RM200 sebulan, tapi cucuk keluar RM1,000 sebulan, defisit tabung kita lama-lama.

JADI, APA SOLUSINYA?

Solusinya ialah, carumlah Takaful sementara masih sihat, dan ikut kemampuan.

Saya tak nafikan, ramai yang tidak mampu ambil Medical Card.

Tak apa, sebab negara kita ada subsidi perubatan. Kita masih mampu dapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Hospital kerajaan lambat dan tak selesa?

Nak selesa layanan VIP, memang kena bayar lebih daripada orang lain la begitu.

“Tapi saya tak mampu ambil Medical Card.”

Maka bersyukurlah sebab kita masih mampu dapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Perbezaan kos rawatan disebabkan subsidi perubatan

Negara seperti US, tiada subsidi perubatan seperti kita. Banyak kes rakyat mereka sanggup menahan sakit sebab tiada duit untuk bayar kos perubatan di sana.

Tak apa jika kita masih tak mampu ambil Medical Card.

Sekurang-kurangnya, ambil Takaful pampasan hibah kematian, pampasan lumpuh dan pampasan penyakit kritikal dahulu. Bermula dengan RM100 sudah dapat pelan yang cover ketiga-tiga ini.

Masih tak mampu? Mulakan dengan Takaful Kemalangan. RM30-RM50 pun dah dapat.

Sekurang-kurangnya ada daripada tiada langsung. Jangan dipaksa diri ambil Medical Card jika tak mampu dan tak sanggup membayarnya.

Selalunya mereka yang bergaji bawah RM4,000 sebulan, saya cadang utamakan pampasan hibah kematian, lumpuh, penyakit kritikal dan kemalangan dahulu. Jika mampu, baru tambah Medical Card.

Hubungi saya untuk consultation mengikut keperluan anda.

http://wa.me/60135341014
http://wa.me/60135341014
http://wa.me/60135341014

2 thoughts on “KENAPA ORANG SAKIT TAK BOLEH MOHON MEDICAL CARD?”

  1. Pingback: 8 PERKARA ANDA PERLU SEMAK SEMASA AMBIL MEDICAL CARD – Luqman Suharni

  2. Pingback: MEDIPRO : MEDICAL CARD MAMPU MILIK DAN SUSTAINABLE – Luqman Suharni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *