8 PERKARA ANDA PERLU SEMAK SEMASA AMBIL MEDICAL CARD

 

1. Status Kesihatan

Wajib SIHAT.

Saya mohon maaf awal-awal.

Jika sudah ada diabetes, masalah jantung, buah pinggang, cancer survivor atau apa-apa rekod masalah kesihatan kronik, tuan-tuan sudah tidak layak untuk Medical Card.

Kerana orang dah berpenyakit, risiko claim sangat tinggi, dan dana tabarru’ tak akan dapat tampung claim.

Tidak adil untuk peserta takaful lain yang mengambil Medical Card semasa sihat.

Jika anda ada asthma ringan, atau rekod pembedahan yang dah recovered seperti pembedahan appendiks atau hernia, boleh rujuk ejen Takaful dahulu untuk cuba apply.

InsyaAllah kes seperti ini, ada peluang untuk approve with exclusion (existing records).

Sementara masih sihat, jangan bertangguh, ambil segera.

Kena Kencing Manis pada usia muda. Sudah tidak layak Medical card.

 

2. Limit Tahunan dan Limit Seumur Hidup

Inflasi Kos Perubatan di Malaysia meningkat sebanyak 10-15% setiap tahun. Maka, anda perlu pastikan limit tahunan anda mencukupi untuk menampung kos perubatan anda.

Saya ada seorang rakan. Kos perubatan pembedahan ibunya ialah sebanyak rm150,000, tetapi limit tahunan hanya RM100,000.

Dia dan keluarga perlu mencari lagi RM50,000 untuk menampung baki kos.

Kerana itu, limit tahunan yang tinggi sangat penting untuk menghadapi inflasi kos perubatan setiap tahun. Sebaiknya cari Medical Card yang limit lebih daripada RM100,000 setahun, dan unlimited lifetime.

Yang terbaik limit tahunan RM1 juta. Tak perlu pening untuk tambah duit sendiri puluh ribu.

Saya menawarkan Medical Card dengan limit tahunan bermula RM250,000 sehingga RM1 juta setahun.

Isi form atau klik no saya di akhir artikel untuk maklumat lanjut ya.

 

3. Harga bilik per malam

Harga bilik juga penting bagi sesetengah client, untuk privasi mereka.

Contoh, manfaat harga bilik RM200/malam, maka client boleh dapat bilik single patient @ double patient, bergantung kepada availability & hospital.

Namun, kebanyakan bilik ward di hospital private sudah selesa, berbaloi dengan caruman Medical Card setiap bulan kita bayar, berbanding orang lain yang tiada Medical card.

 

4. Manfaat Outpatient Dialisis & Cancer

Antara manfaat yang perlu ada ialah manfaat pesakit luar, dialisis untuk pesakit buah pinggang, dan manfaat kimoterapi, radioterapi @ elektroterapi untuk pesakit kanser.

Kedua-dua rawatan ini tidak perlu warded selalunya, namun menelan kos yang tinggi.

Contoh, kos untuk dialisis. Caj selalunya RM200/sesi untuk 2-3 sesi seminggu. Sebulan sudah menelan sekurang-kurangnya RM1,600-RM2,400 untuk kos dialisis sahaja.

Medical Card perlu ada manfaat untuk dialisis dan kanser, supaya kita tidak terbeban dengan kos setiap bulan. Lebih baik bayar Medical Card RM200-Rm300 sebulan berbanding bayar caj dialisis RM200 per sesi.

 

5. Ada Ko-Takaful, Ko-Payment dan Deduktibel, atau tiada

Ko-Takaful ialah peratusan client perlu membayar bersama-sama medical card jika admit ward.

Contohnya, 10% ko-takaful, bermakna client perlu membayar 10% daripada kos rawatan di hospital.

Jika kos rawatan RM20,000, maka client perlu bayar RM2,000 dan med card akan bayar baki RM18,000.

 

Ko-payment ialah bayaran caj tambahan jika client upgrade harga bilik daripada yang dilindungi med card.

Client perlu membayar sebahagian bil hospital kerana upgrade harga bilik ward.

 

Deduktibel ialah bayaran tetap client perlu bayar waktu discharge. Contohnya deduktibel RM500.

Client perlu bayar RM500 daripada keseluruhan kos. Contoh bil RM30,000. Client perlu bayar RM500, dan baki RM29,500 ditanggung Medical Card.

Selalunya Med Card yang mempunyai ko-takaful @ deduktibel, lebih murah dan sustainable.

 

6. Sustainability

Medical card yang sustainable ialah model medical card yang mampu sustain tanpa repricing (kenaikan caruman) dalam tempoh yang lama.

Model medical card tersebut membolehkan situasi dana tabarrru’ takaful sentiasa melebihi jumlah claim yang bakal dibuat.

Jika plan medical card tersebut pernah mengalami repricing, kemungkinan besar akan berlaku lagi sekali dalam tempoh yang sama seperti sebelumnya.

Repricing tetap akan berlaku, cuma bila yang akan berlaku itu bergantung. Kena aware dengan perkara ini semasa mengambil Medical Card.

Model Medical Card yang mempunyai Co-Takaful @ Deduktibel, lebih sustainable.

 

7. Kemungkinan berlaku Repricing

Repricing ialah kenaikan caruman Medical Card.

Semua medical card terdedah dengan kebarangkalian repricing.

Repricing berlaku apabila jumlah claim, melebihi jumlah dana tabarru’ takaful, yang menyebabkan berlaku defisit tabung.

Disebabkan defisit dan kos inflasi perubatan, caruman peserta-peserta takaful akan dinaikkan, untuk menampung claim. Inilah repricing.

Ramai yang ambil Medical Card tidak aware dengan kemungkinan berlaku Repricing. Carilah model Medical Card yang sustainable supaya Repricing tidak berlaku terlalu cepat.

 

8. Kemampuan Client

Antara perkara client selalu terlepas pandang, ialah kemampuan diri untuk membayar caruman Medical Card setiap bulan.

Tidak dinafikan, Medical Card sangat penting, tapi mampukan anda bayar setiap bulan tanpa terbeban?

Medical Card tidak mahal, harganya mungkin tinggi, berbaloi dengan layanan VIP, cepat dan selesa di hospital swasta.

Nak layanan lebih daripada orang lain, mesti sanggup bayar lebih daripada orang lain.

Namun, saya selalu sarankan, untuk client bergaji bawah RM2,500, untuk tangguh dahulu ambil medical card. Pelik kan saya? Ejen takaful selalu suruh ambil, tapi saya tidak.

Tuan-tuan harus ingat. Apabila kita mencarum Takaful, kita ingin mencarum dalam tempoh lama, bukan sebulan dua. Maka harus tengok atas kemampuan.

Saya pernah dapat client orang lain yang datang pada saya, nak tukar plan Takaful Medical Card kepada Takaful Hayat, sebab terbeban nak bayar repricing Medical Card. Gaji dia hanyalah Rm1,500.

Jika gaji @ income anda bawah Rm2,500, utamakan Takaful Hayat, iaitu manfaat pampasan penyakit kritikal + pampasan lumpuh + pampasan kematian (hibah).

Sebabnya, jika tiada medical card, kita masih ada option, iaitu hospital kerajaan, untuk dapatkan rawatan.

Jika tiada takaful hayat, kita tiada option lain untuk ganti pendapatan kita yang hilang akibat sakit, lumpuh dan kematian.

Dan jika berlaku repricing, anda akan terasa beban akibat kenaikan caruman dan komitmen Medical Card.

Tapi, jika masih nak ambil, tiada masalah, selagi anda faham 7 perkara di atas.

Untuk client bergaji RM2,500 ke atas, memang saya sarankan ambil Medical Card, selepas ambil Takaful Hayat.

Ini supaya kita yang mampu, tidak berebut dengan mereka yang tidak mampu di Hospital Kerajaan.

Apapun, ambil Medical Card dengan kefahaman, bukan terikut kawan. Hanya tuan-tuan yang tahu kemampuan tuan-tuan.

 

Semak 8 perkara ini semasa anda dalam proses ingin mencarum Medical Card anda.

Untuk konsultansi Medical Card @ Takaful hayat, boleh hubungi saya 0135341014 (KLIK SAHAJA)

Bacaan lain tentang Medical card:

KENAPA ORANG SAKIT TAK BOLEH MOHON MEDICAL CARD?

BAGAIMANA NAK GUNA MEDICAL CARD?

APA ITU WAITING PERIOD & CONTESTABLE PERIOD

1 thought on “8 PERKARA ANDA PERLU SEMAK SEMASA AMBIL MEDICAL CARD”

  1. Pingback: MEDIPRO : MEDICAL CARD MAMPU MILIK DAN SUSTAINABLE – Luqman Suharni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *