![](https://luqmansuharni.com/wp-content/uploads/2022/04/Capture-206x300.png)
Sebelum anda ingin gunakan medical card, anda harus tahu situasi apa yang boleh guna medical card.
1) Situasi kecemasan/Emergency.
Situasi kecemasan ini, anda perlu terus ke hospital kerajaan atau hospital panel untuk dapatkan rawatan pantas.
Contoh paling mudah ialah kes kemalangan yang melibatkan patah, retak dan pendarahan teruk.
Situasi kedua ialah situasi kecemasan perlukan rawatan segera dan berlaku di luar waktu operasi klinik, dan hanya hospital gov atau hospital panel sahaja yang buka.
Contohnya sakit apendiks yang berlaku tengah malam, ketika kebanyakan klinik sudah ditutup.
![](https://luqmansuharni.com/wp-content/uploads/2022/04/broken-bones-300x208.jpg)
2) Situasi bukan kecemasan/non-emergency.
Situasi ini tidak melibatkan kemalangan yang parah, dan berlaku dalam waktu operasi klinik.
Maka client perlu ke klinik berdekatan terlebih dahulu untuk rujukan doktor.
Jika kes boleh diselesaikan hanya di klinik, maka tidak perlu ke hospital.
Jika perlu ke hospital, doktor akan tulis surat rujukan ke hospital, dan perlu ke hospital untuk rawatan susulan.
Contohnya kes demam panas. Andai doktor suspect denggi, selalunya akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut.
![](https://luqmansuharni.com/wp-content/uploads/2022/04/Denggi-Simptom-300x279.jpg)
Kadang-kadang kita keliru antara case emergency dan non-emergency, sebab bagi kebanyakan orang awam, semua sakit ialah emergency.
Sebab itu kadang-kadang saya dengar rungutan kawan-kawan yang kerja di hospital, terutama di ER (Emergency Room), mengatakan semua jenis sakit yang tak emergency macam demam biasa pun nak datang ER 😅
Jadi nak mudah bagi kita orang awam untuk faham, apa-apa kes sakit yang selain daripada situasi kecemasan macam nombor 1 di atas, anda perlu ke klinik dahulu.
Hanya doktor di klinik yang akan tentukan sama ada kes kita itu kecemasan atau tak, perlu dirujuk ke hospital atau tidak.
Lepas rujuk klinik, dan rawatan selesai hanya di klinik sahaja, maknanya kes kecil dan anda tak perlu gunakan Medical Card.
Kalau perlu dirujuk ke hospital, selalunya anda boleh guna Medical Card sebab doktor selalunya akan masukkan anda dalam ward untuk dipantau.
Bila warded (inpatient), kes anda dikira perlu gunakan Medical Card.
![](https://luqmansuharni.com/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-16_12-23-43-300x176.jpg)
Bagaimana nak gunakan? Mudah sahaja.
Selalunya nurse akan tanya sama ada kita ada Med Card atau tak. Kalau ada, beri no sijil Med Card atau IC, nurse akan bantu bawa ke kaunter finance untuk semakan.
Atau anda/waris anda sendiri terus ke kaunter finance hospital.
Hospital akan urus terus dengan medical claim underwriter, IHP Malaysia untuk Guarantee Letter (GL). Servis kaunter IHP buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Anda atau ejen boleh call IHP untuk follow up GL anda sendiri. Tapi biar hospital uruskan pun tak apa.
![](https://luqmansuharni.com/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-16_12-23-47-300x173.jpg)
Jika masa anda apply Med Card ketika sihat, tiada past medical record yang tak declare, lepas waiting period, insyaAllah GL anda mudah lulus.
Sebab itu sangat penting declare, dan JANGAN SEMBUNYI REKOD SAKIT ANDA SEBAB NAK LULUS MED CARD, akan susahkan anda di kemudian hari nanti.
Hospital juga akan minta deposit admission. Caj berbeza mengikut hospital.
Kalau ada Med Card, deposit dalam RM300-RM500.
Kalau tiada Medical Card, deposit dalam RM3k – RM10k, ikut hospital.
Client selalunya perlu bersedia dengan 2 jenis payment;
1. Deposit admission.
2. Deductible/Co-Takaful payment (jika ada).
Maka selesai di bahagian finance hospital.
Selalunya hospital akan tunggu GL lulus, baru akan teruskan dengan rawatan.
Selesai rawatan, semua bil melibatkan rawatan akan dibayar oleh Medical Card. Client perlu tambah untuk bahagian deductible atau co-takaful (jika ada).
Deposit admission akan dipulangkan, dan akan ditolak dengan non-medical cost yang tak ditanggung oleh Medical Card, seperti caj dobi (jika ada).
Selesai discharge, anda boleh pulang tanpa runsing dengan bil hospital.
Untuk mudahkan anda rujuk no sijil Med Card anda setiap masa, dan cari hospital panel berdekatan, rujuk video saya sediakan di bawah;
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di
Pingback: MEDIPRO : MEDICAL CARD MAMPU MILIK DAN SUSTAINABLE – Luqman Suharni
Pingback: 8 PERKARA ANDA PERLU SEMAK SEMASA AMBIL MEDICAL CARD – Luqman Suharni