CLAIM RM109,000 ARWAH CLIENT SAYA

Claim masuk pada 17 Mei 2023
Pada 5 pagi 4 Julai 2021, arwah wasap saya selepas baca artikel saya yang Dr Azizul post di fb beliau, baca SINI.
Lepas saya explain dan beri quotation, dia setuju dan beri detail. Hari yang sama jam 10 malam, sijil hibah arwah approved.
Fast forward, macam biasa, saya akan wish client2 saya setiap tahun pada hari-hari penting, sambil update claim-claim yang saya buatkan.
Last saya wish ialah raya haritu, 22 April 2023.
1 Mei 2023, isteri arwah whatsapp, maklumkan arwah meninggal kemalangan pada 30 April 2023.
Saya pun terkejut, sebab baru wish raya haritu. Saya beri tempoh bertenang pada isteri, dan beri masa dia sediakan dokumen-dokumen yang perlu untuk claim hibah.
12 Mei 2023, saya gerak dari Kuantan ke Negeri Sembilan, untuk ambil dokumen-dokumen perlu yang isteri arwah siapkan, dan terus submit ke branch Zurich Seremban.
16 Mei 2023, selepas 5 hari, saya dapat emel claim approve, alhamdulillah.
18 Mei 2023, isteri arwah wasap maklumkan duit dah masuk, alhamdulillah.
Maka selesai tugas saya, fahamkan arwah tentang kepentingan berTakaful, sejak arwah mula whatsapp 4 Julai 2021, sehingga duit claim hibah masuk dalam akaun isteri arwah, 18 Mei 2023, seperti yang arwah amanatkan.
Tempohnya 22 bulan sahaja kejadian ini berlaku.
Arwah sangat mudah. Orangnya suka memudahkan, sama seperti yang isteri arwah cerita.
Hari sama whatsapp, hari sama dia ambil.
Ikut kemampuannya tanpa bertangguh.
Niat arwah mencarum sudah saya sampaikan kepada isteri arwah.
Total caruman arwah tidak sampai 2k, tapi hibahnya 109k. Berganda 5,450%.
Jauh bezanya. Itulah kecantikan berTakaful.
Ya, duit tak dapat kat arwah, arwah pun sedia maklum. Duit dapat pada isterinya, untuk besarkan 2 anak perempuan arwah. Dan takdirnya arwah meninggal pada umur 31 tahun.
Itulah tugas ketua keluarga, dan arwah berjaya tunjukkan kepada kita bagaimana seharusnya seorang ayah dan suami itu.
Dan arwah pun meninggal kemalangan ketika pulang bekerja. Semoga arwah mendapat pahala syahid.
Duit gaji kita, 100% untuk kebajikan keluarga kita. Bayar rumah, kereta, makan minum, pakaian, pendidikan anak-anak, inilah fungsi gaji kita.
Tapi bila kita meninggal pada usia muda, anak-anak masih perlukan kita, kita tinggalkan hibah sebagai ganti gaji kita yang terhenti.
Jadi, jangan difikirkan “bukan dapat duit kat aku pun”. Sebab, gaji kita bekerja pun, bukan untuk diri kita, tapi keluarga kita, betul?
Sama sahaja fungsi hibah seperti gaji kita, bezanya, kita masih boleh tanggung anak-anak dan isteri kita, walaupun kita sudah meninggal dunia.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.
Semoga ruh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan semoga hibahnya menjadi amal jariah untuknya.
Jika tuan-tuan belum mempunyai hibah, cepat hubungi saya untuk saya bantu.
Luqman 0135341014

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *