DEFERMENT APS – ATTENDING PHYSICIAN’S STATEMENT

Client yang masih sihat, alhamdulillah, dan insyaAllah tidak perlu lakukan Deferment APS ini. Situasi ini selalunya berlaku untuk client yang pernah kemalangan atau sakit, dan pernah mendapatkan rawatan di mana-mana hospital atau klinik.

Untuk itu, underwriter perlukan laporan perubatan tersebut supaya mereka dapat buat keputusan dengan lebih tepat. Pesanan ikhlas, lebih baik selesaikan semasa permohonan takaful, supaya tidak susah semasa permohonan claim pada masa akan datang.

Caranya, download dahulu deferment client daripada ICMS.

Buka ICMS -> Quick Link -> Apps Tracker -> Pending -> Nama Client -> Deferment link untuk download.

Contoh nota deferment ialah seperti berikut.

 

Figur 1: Nota Deferment APS

 

Berdasarkan deferment, kita lebih faham apa yang perlu difokuskan untuk APS yang akan dimohon. Kemudian terus ke cara buat permohonan medical records daripada hospital yang merawat client kita.

  1. Call hospital berkenaan, dan minta sambungkan ke bahagian pengurusan rekod atau Medical Records Department.
  2. Perkenalkan diri sebagai perunding Takaful, dan maklumkan kita nak mohon rekod untuk client kita yang ingin memohon perlindungan Takaful.
  3. Tanyakan prosedur hospital. Ada hospital yang berlainan prosedur. Take note prosedur. Selalunya hospital minta sediakan dokumen seperti ic client, ic pemohon (ejen) dan consent letter. Ada juga yang minta dokumen tambahan, iaitu borang yang kita perlu download daripada portal hospital, dan isikan.
  4. Tanyakan caj yang dikenakan, termasuk kurier jika perlu. Tanyakan jika boleh emel sahaja.
  5. Pembayaran selalunya menggunakan wang pos dan tiada cash digunakan, dan proses minta rekod dalam 30-40 hari bekerja.
  6. Minta client transfer caj dokumen dan kurier ke kita. Duit akan refund melalui komisyen ejen selepas polisi approved.
  7. Pos dokumen berkenaan ke hospital beserta wang pos.
  8. Follow up hospital selepas seminggu dokumen dipos, untuk pastikan kurier kita sampai. Follow up lagi selepas seminggu untuk progress.

Tidak semua client yang sudah ada sejarah sakit atau kemalangan akan terus decline permohonan. Deferment APS ialah salah satu usaha kita untuk bantu client dapatkan permohonan Takaful. Mungkin asbab kemalangan atau sakit, menyebabkan client terbuka hati untuk mencarum Takaful.

Kita sebagai ejen, pemudahcara client untuk dapatkan perlindungan Takaful.

Jika permohonan ditolak, mungkin tiada komisyen untuk kita, tapi insyaAllah dapat pahala. Mindset sangat penting. Pesanan untuk diri saya sendiri juga.

Saya mudahkan sedikit dapat bentuk infografik.

Figur 2: Ringkasan Permohonan APS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *