Claim tahun 2021 ialah sebanyak rm97 juta, wow!
“Tipu ja ni, untuk marketing.”
Data ini diaudit. Kalau berlaku penipuan, akan diambil tindakan oleh Bank Negara, jadi tidak berbaloi ubah data hanya untuk marketing.
Dan data ini sangat penting supaya pencarum tahu, caruman mereka sudah dimanfaatkan orang lain yang memerlukan.
“Ye ke? Tak nampak pun heboh claim kat fesbuk.”
Orang dapat claim memang tak akan heboh. Ada yang masuk berita, tapi kebanyakan diam-diam sahaja. Kenapa tak dihebohkan?
Sebabnya, nanti yang tak pernah kenal, mengaku sahabat dunia akhirat.
Yang bau-bau bacang, jadi saudara rapat.
Yang musuh, tiba-tiba jadi kawan “hai, nak pinjam 20 ribu boleh?”
Akan memeningkan kepala, jadi lebih baik diam-diam sahaja. Kepala pun senang, hati pun tenang.
Terima kasih para pencarum Takaful semua. Caruman anda tidak pernah sia-sia, anda sudah bantu;
Balu membesarkan anak-anak kematian ayah.
Pesakit kanser mendapatkan rawatan yang baik.
Ayah yang lumpuh untuk tampung perbelanjaan keluarga.
Mereka yang diuji dengan musibah kesihatan, untuk bangkit semula.
Terima kasih, dan tahniah
Semoga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran iaitu syurga.