Selalu kita dengar ejen Takaful promote hibah Takaful, dan ada juga masa kita tengok gambar balu dapat pampasan kematian yang dihibahkan kepada dia.

Tapi jarang kita baca, apa nak dibuat bila dapat duit hibah tu? Nak joli beli barang kemas ka? Nak pi jalan-jalan ka? Di sini ada beberapa cadangan untuk anda apabila terima duit hibah Takaful.
Pertama sekali, kena faham, apa matlamat pasangan kita buat hibah untuk kita? Adakah untuk kita jadi kaya raya? TIDAK BERAPA TEPAT.
Fungsi hibah Takaful ni ialah bantuan kewangan “fast & bulk cash” untuk pasangan kita, bagi meneruskan “the standard style of living”, iaitu kehidupan biasa semasa suami masih hidup. Maksudnya, kalau hidup dengan gaji suami RM2k sebulan, maka lepas suami mati, gaji suami RM2k yang turut “mati” itu diganti dengan pampasan hibah takaful.
Balu masih boleh ambil “gaji” daripada pampasan tu, sebanyak RM2k selama 5-10 tahun, bergantung kepada jumlah pampasan. Ramai keluarga, daripada T20 dan M40, jatuh ke B40 selepas pencari nafkah utama, ayah/suami meninggal dunia. Hibah Takaful ialah “buffer” daripada benda ni berlaku.

Jadi, apa balu nak buat bila dapat pampasan hibah suami? Kita ambil contoh, katakan hibah RM250k. Kira komitmen bulanan, sebulan RM2k, setahun RM24k, maka ambil RM96k pampasan untuk 4 tahun. Letak dalam Tabung Haji, biar dia compounding.
Ambil pula dalam RM4k, buat sebagai modal berniaga, masuk kelas bisnes, belajar berniaga, sebab berniaga sendiri ni, masa fleksibel untuk urus rumah. Tapi jika anda isteri yang bekerja, boleh teruskan bekerja seperti biasa tanpa risau duit perbelanjaan rumah tak cukup setiap bulan.
Bahkan, jadi ejen Takaful pun boleh! Anda ialah “living proof” orang yang dapat manfaat bila suami sediakan Hibah Takaful. Peluang kerjaya sebagai perunding Takaful, tekan sini untuk maklumat lanjut.
Pada tahun ke-5, anda akan ada baki dalam kira-kira RM10k hasil “dividen” dalam Tabung Haji, maintain sebagai simpanan kecemasan.
Baki RM150k;
1. RM100k letak ASB (low risk investment).
2. RM50k letak kat Unit Trust (medium risk investment).
Ini cara paling rendah risiko. Kenapa guna cara rendah risiko? Sebab kita taknak hibah takaful arwah suami buat tu, hangus begitu sahaja, sia-sia jadinya.
Tahun ke-5, kutip dividen ASB. Katakan dividen ASB purata 5.5%. Tahun ke-5, anda ada dividen RM23.8k. Tahun ke-5 boleh guna dividen ASB sahaja, lepas bayar zakat. Katakan dividen Unit Trust purata 8%. Tahun ke-6, anda ada dividen dalam RM23.4k. Boleh guna dividen Unit Trust sahaja untuk tahun ke-6, lepas bayar zakat.
Capital RM100k dalam ASB dan RM50k dalam Unit trust, biar dia compounding lagi untuk tahun2 seterusnya. Keluarkan sejumlah yang perlu sahaja.
Urus duit tu, supaya boleh guna dalam tempoh lebih lama daripada sepatutnya. Jika arwah suami buat hibah bersamaan 10 tahun gaji, jika kita urus, boleh guna atleast selama 16 tahun.
Jangan joli ya, hibah takaful bukan untuk kita jadi kaya raya, tapi untuk anak isteri teruskan kehidupan seperti biasa. Jika tiada anak, hibah tak berapa penting, sebab isteri boleh kerja untuk tanggung diri sendiri. Tapi jika ada anak-anak kecil, hibah Takaful sangat penting, supaya pasangan ada bantuan kewangan. Tidaklah terkontang-kanting nak urus anak-anak dan cari duit dalam masa yang sama.
Jangan buat la tak urus duit hibah, risau lepas setahun habis jatuh miskin. Sia-sia arwah suami/isteri buat hibah takaful.
Tadi tu cara proaktif, dan risiko rendah. Kalau tak mahu buat pun boleh, letak semua dalam Tabung Haji, amek rm2k sebulan, pampasan tu akan bertahan atleast 10 tahun = RM240k.
Ini kalau tak reti nak buat apa dengan duit tu. Yang penting, bulan2 masih ada “pendapatan” suami daripada hibah takaful. Cara low risk tadi sesuai untuk isteri suri rumah, tiada pendapatan, atau bergaji rendah (komitmen > gaji). Jadi anda guna cara low risk supaya duit tu tak hangus.
Kalau balu ada gaji yang boleh tanggung komitmen bulanan, hibah tadi boleh guna secara high risk sikit, kumpul aset untuk anak-anak. Ini cara guna hibah sebagai leverage untuk naikkan taraf hidup keluarga. Nak tau cara yang risky? Nanti saya tuliskan.
Ini kalau hibah RM250k, kalau RM414k macam dalam Figur 1, macam-macam lagi boleh buat.
Apapun, semua ini mampu buat hanya jika anda sudah sediakan takaful hibah untuk keluarga anda. Dah ada?
Jika belum ada, dapatkan pelan hibah anda segera. Wasap saya. Klik sini.