TAKAFUL SURECOVER : HIBAH DIJAMIN LULUS

Pernah tak anda apply untuk Takaful, tetapi permohonan anda ditolak?

Pernah tak anda baru tanya pasal Takaful, tapi bila ejen tahu anda dah sakit, anda kena bluetick?

Kalau pernah, saya ada satu produk yang

KONFEM LULUS TANPA TANGGUH

TIADA REJECTION PERMOHONAN

TIADA MEDICAL CHECKUP DIPERLUKAN

HASSLE FREE

DAN MAMPU MILIK

Semestinya TAKAFUL SURECOVER.

Figure 1: Bermula RM150 sebulan

Tiada lagi kerunsingan untuk sediakan hibah Takaful untuk waris kita, disebabkan halangan sakit sedia ada kita.

Takaful Surecover memberi manfaat perlindungan pampasan Kematian Biasa (Natural Death) dan Kematian Akibat Kemalangan (Accidental Death), serta manfaat Penghantaran Pulang Jenazah Dari Luar Negara sebanyak RM3,000.

Wow, power kan produk ni.

Umur kemasukan bermula umur 35 tahun sehingga 80 tahun, dan tempoh perlindungan sehingga umur 90 tahun. Namun, jika anda berumur bawah 35 tahun, Zurich Takaful sudah melancarkan satu lagi produk serupa untuk mereka di bawah umur 35 tahun, jadi anda isi sahaja Quote Form di bawah, dan saya akan contact anda semula nanti.

Bayaran bulanan untuk 1 unit ialah sebanyak RM75. Dua unit kiraanya menjadi RM150/bulan, dan seterusnya. Jika 1 unit pampasannya RM30,000, maka 2 unit pampasannya RM60,000, dan seterusnya.

Setiap peserta Takaful boleh mencarum minimum 2 unit, dan maksimum 10 unit untuk setiap Person Covered.

Manfaat produk;

1. Pampasan Kematian Biasa (Natural Death)

  • Jumlah pampasan bergantung pada umur dan jantina. Makin berumur makin berkurang pampasan, dan pampasan untuk wanita lebih tinggi daripada lelaki.
  • ADA TEMPOH BERTENANG 2 TAHUN. Jika berlaku kematian biasa dalam tempoh 24 bulan selepas approve, SEMUA BAYARAN CARUMAN akan dikembalikan kepada waris.
  • Selepas tempoh 2 tahun masuk bulan ke-25, andai berlaku kematian biasa, pampasan mengikut Sum Cover akan diberikan kepada waris.
  • Hal ini bermaksud bayaran Takaful Surecover anda akan dapat semula kepada waris apabila berlaku kematian.
  • Jumlah pampasan bagi 1 unit ialah seperti berikut;

    Figur 2: Jumlah Pampasan mengikut umur kemasukan & jantina bagi 1 unit.

Ini ialah contoh caruman dikembalikan kepada waris client saya yang meninggal dunia akibat Covid-19. Arwah baru mencarum RM150/bulan selama 6 bulan sebelum meninggal dunia. RM900 dikembalikan kepada waris beliau. Semoga Allah merahmati arwah client saya dan beliau ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan soleh, ameen.

Figur 3: Caruman RM900 dikembalikan kepada waris.

2. Pampasan Kematian Akibat Kemalangan (Accidental Death)

  • Maksud mudah faham kematian akibat kemalangan, ialah kematian selain daripada kematian akibat sakit atau kematian mengejut atau meninggal sakit tua. Apa-apa jenis kemalangan termasuk, bukanlah terhad kepada kemalangan jalanraya sahaja. Meninggal sebab jatuh tandas, sebab jatuh tangga, atau apa-apa kemalangan (nauzubillah), dikira kematian akibat kemalangan, dan disahkan oleh doktor perubatan bertauliah.
  • TIADA TEMPOH BERTENANG 2 TAHUN. Jika berlaku kematian akibat kemalangan, walaupun dalam tempoh 2 tahun, pampasan akan terus diberikan kepada waris, BESERTA GANDAAN PAMPASAN.
  • Ya, pampasan kematian akibat kemalangan akan digandakan sebanyak 500%, 300% atau 200% mengikut umur berlaku kematian tersebut, bukan umur kemasukan.
    • a) Gandaan 500% jika meninggal akibat kemalangan dalam umur 35 – 65 tahun.
    • b) Gandaan 300% jika meninggal akibat kemalangan dalam umur 66 – 80 tahun.
    • c) Gandaan 200% jika meninggal akibat kemalangan dalam umur 81 – 90 tahun.
Figur 5: Gandaan Pampasan Kematian Akibat Kemalangan
  • Contoh situasi, Puan Sabariah berumur 50 tahun, caruman dan manfaat seperti berikut;
Figur 4: Kiraan caruman dan manfaat
  • Puan Sabariah mencarum 2 unit.
    1. Jika berlaku Kematian Biasa pada bulan ke-20 caruman, sebelum 2 tahun, caruman sebanyak RM3,000 akan dikembalikan kepada waris.
    2. Jika berlaku Kematian Biasa pada bulan ke-30, selepas 2 tahun, pampasan sebanyak RM34,794 akan diberikan kepada waris.
    3. Jika berlaku Kematian akibat Kemalangan pada umur Puan Sabariah 51 tahun, pampasan sebanyak RM173,970 (500%) akan diberikan kepada waris Puan Sabariah, walaupun belum cukup 2 tahun tempoh bertenang.
    4. Jika kematian berlaku di luar negara, kos penghantaran jenazah pulang ke Malaysia akan ditanggung sebanyak RM3,000.
  • Ini semua manfaat yang dilindungi untuk Puan Sabariah.
  • Jika masih belum faham, boleh tekan sini untuk saya terangkan melalui Whatsapp.

Siapa yang “Wajib” mencarum Takaful Surecover?

Produk ini sangat sesuai dicarum oleh;

  1. Ibu ayah yang tidak sempat buat Hibah Takaful semasa muda untuk anak-anak, sudah kena sakit dan banyak kali kena reject permohonan hibah.
  2. Para suami ketua keluarga yang tidak sempat buat Hibah untuk isteri sebab dah ada sakit seperti kencing manis.
  3. Mereka yang berhutang dan dah sakit. Boleh carum dan buat sebagai wasi untuk clearkan hutang.
  4. Anak-anak boleh carumkan untuk mak ayah sebagai Person Covered. Pampasan boleh guna untuk;
    • Kos Pengurusan Jenazah mak ayah. (boleh dituntut semula daripada harta pusaka)
    • Kos upah haji jika mak ayah belum sempat buat haji. (boleh dituntut semula daripada harta pusaka)
    • Bayarkan hutang mak ayah yang berbaki. (boleh dituntut semula daripada harta pusaka)
    • Bayarkan hutang zakat jika ada. (boleh dituntut semula daripada harta pusaka)
    • Wang pendahuluan untuk kos pengurusan harta pusaka. (boleh dituntut semula daripada harta pusaka)
    • Buatkan Waqaf untuk mereka, sebagai bekalan pahala berterusan untuk mak ayah kita dalam kubur.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, BOLEH WHATSAPP SAYA DI 0135341014

ATAU ISI QUOTE FORM DI BAWAH DAN SAYA AKAN HUBUNGI ANDA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *