9 KESILAPAN DALAM MENCARUM TAKAFUL

Bagi anda yang sedang survey untuk mencarum Takaful, ini 9 kesilapan yang tuan-tuan kena elakkan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

 

#1 BERTANGGUH SEBAB NAK TUNGGU GAJI NAIK

“Saya masih sihat, gaji rm2k, mampu ambil RM100. Tapi saya nak tunggu gaji saya naik baru saya nak amek yang rm150 sebulan terus.”

JANGAN BEGINI. Ambil dahulu Takaful ikut kemampuan semasa.

Tiba-tiba eksiden semasa pergi kerja, atau kena kencing manis, apapun dah tak boleh ambil walaupun gaji anda RM20k.

Elakkan bertangguh.

Syarat hanya sihat.

 

#2 NAK SIMPAN/LABUR DALAM TAKAFUL

“Saya nak ambil Takaful, nak ada simpanan sekali pelaburan. Untung.”

Anda kena faham betul-betul, Takaful bukan tempat simpan macam di bank, atau tempat melabur.

Nak menyimpan, di Tabung Haji atau ASB.

Nak melabur, masuk Unit Trust, Saham, Kripto.

“Simpanan” itu sebenarnya CASH VALUE.

 

#3 TAK FAHAMI APA MANFAAT YANG DILINDUNGI

“Saya nak ambil Takaful Kemalangan, paling murah kan? Kalau kena kanser boleh claim?”

Tak boleh.

Takaful Kemalangan tiada manfaat perlindungan penyakit kritikal.

Pastikan ada juga plan Takaful Hibah, TPD & Penyakit Kritikal, serendah RM100 sahaja.

Tapi, jika kemampuan anda ketat, boleh ambil dahulu Takaful Kemalangan. Cuma pastikan anda sedia maklum apa yang tidak dilindungi Takaful Kemalangan.

 

#4 BERTANGGUH SEHINGGALAH DIDIAGNOSE PENYAKIT

“Saya ada kencing manis, tapi sikit jer. Boleh kan amek Med card?”

Tak boleh.

Sikit atau banyak, once masuk medical records, dah tak boleh ambil medical card.

Ambil Takaful sementara sihat, ikut kemampuan.

You dont know whats coming for you.

Sakit tidak mengenal usia, kemalangan tidak mengenal mangsa.

Kena Kencing Manis pada usia muda

 

#5 AMBIL INSURANS, BUKAN TAKAFUL

“Sama jer insurans dan Takaful ni.”

Apakah sama nikah dan zina? Tidak bukan.

Kalau sama bagi anda, saya tak boleh argue dengan anda. Rujukan dan kompas kehidupan kita berdua sangat berbeza.

Bagaimana nak bezakan antara Takaful dan Insurans?

Perkataan TAKAFUL ada dalam nama operator, seperti Zurich TAKAFUL Malaysia Berhad.

Jika tiada, itu ialah Insurans. Jauhi.

Untuk penerangan lanjut perbezaan, boleh tengok di sini >>> Beza Takaful & Insurans.

 

#6 SUDAH ADA PERSEPSI TAKAFUL MENIPU TANPA MENGKAJI

“Takaful ni menipu. Saya dengar cerita Takaful menipu daripada kawan pakcik sebelah mak angkat saya punya jiran punya atuk zaman Mat Kilau.”

Okay.

Doa-doa supaya tuan tak kena kanser, risau nanti kawan pakcik sebelah mak angkat saya punya jiran punya atuk zaman Mat Kilau tu hanya wish gws (get well soon).

Saya risau sekupang pun dia tak bagi. Selalunya begitulah.

Nasihat saya, dengar dahulu penerangan daripada ejen Takaful yang anda percayai.

Sangat banyak claim dan pampasan yang sudah diterima, dan berjaya bantu ribuan peserta Takaful.

Harap jangan termakan cakap-cakap orang sebelum selidik dan bertanya kepada ejen Takaful. Sebab jika berlaku apa-apa, kita yang tanggung sendiri.

 

#7 MENYANGKA GAJI DAH CUKUP KAYA

“Saya kaya. Gaji saya RM5 ribu. Saya kerja gov, ada pencen.”

Okay.

Cuma nak pesan. Haritu ada client kena beli ubat kanser dari luar, hospital gov tak cover. Sekotak RM8 ribu sahaja.

Gaji disangka besar terlihat kerdil bila dapat invois kos rawatan dan ubatan.

Gaji yang besar, sepatutnya tiada masalah untuk anda dapatkan perlindungan komprehensif.

Perlindungan komprehensif merangkumi;

1) Plan Pampasan Kematian (Hibah), Pampasan Lumpuh & Pampasan Penyakit Kritikal.

2) Plan Takaful Kemalangan.

3) Plan Medical Card.

Kos ubat kanser rm16k sekotak.

 

#8 MENYANGKA GAJI TAK CUKUP ATAU TIADA INCOME

“Saya masih student universiti, saya tiada income nak ambil Takaful.”

Ini antara salah faham yang kerap berlaku.

Income tak semestinya gaji.

Apa sahaja sumber kewangan anda, itulah income.

Duit poket parent, JPA, ptptptptpn, Mara, komisyen dropship, buat grab, servis lipat baju, ini semua income.

Dan anda harus ingat, student universiti pun terdedah dengan penyakit dan kemalangan. Anda juga perlukan perlindungan kewangan.

Ambil Takaful Kemalangan dahulu jika bajet ketat.

Murah dan mampu carum. Naik motor pergi kelas, jatuh & patah tangan, boleh claim.

 

#9 MENYANGKA MEDICAL CARD SUDAH CUKUP

“Saya dah ada Takaful. RM1 juta pulak tu. Kalau masuk hospital takyah fikir dah.”

Ini Medical Card, bukan hibah.

Kalau mati awal tak sempat masuk hospital, medical card tak sempat guna, waris pulak tak dapat apa-apa.

Bukan nak doa begitu, tapi itulah risiko yang boleh berlaku jika kita hanya ada Medical Card sahaja.

RM1 juta ialah limit guna, bukan pampasan hibah Takaful.

Bagi faham betul-betul bukan asal ada Medical Card, maka kita rasa dah cukup dilindungi.

Tanya ejen yang anda percayai sampai faham.

 

9 sahaja dulu buat masa ini.

Ada yang anda tak faham pasal Takaful? Saya sedia membantu.

Jangan sampai buat silap dan salah faham dalam mencarum Takaful.

Risau masa nak claim nanti, itu tak boleh ini tak boleh, sedangkan kita salah faham.

Untuk bantuan plan Takaful peribadi anda, boleh contact saya di 0135341014 (klik sahaja).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *